Eksiden
Pepatah Mengarut Di Abad Ini
#Fakta Anak Keempat Macam Aku Je
(JENIS PEMIKIR : JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.
- Banyak buat orang ketawa dan banyak juga buat orang menangis :')
- Selagi dia boleh buat sesuatu perkara tu. Dia takkan minta orang lain untuk membantunya. Tak suka susahkan orang lain
- Orang nampak dia macam sombong, tapi bila dah tegur or kenal. Haa amik kau! Bercakap tak henti henti.
- Senang percayakan orang. Kekadang baru je kenal, dah cerita macam macam pasal dia kat orang.
- Pantang bila dia minta sesuatu barang tu orang tak bagi, then bila dia dah tak nak baru terhegeh hegeh nak bagi.
- Kalau dah suka satu lagu tu, dia akan ulang banyak kali.
- Kalau orang sedih, mesti cari dia.
- Sangatlah peramah. Orang tanya sepatah, dia jawab berpatah patah.
- Tak pandai memujuk. Memang FAILED bab bab memujuk ni.
- Mudah risau and suka paksa paksa orang. Orang lain paksa dia tak boleh.
- Cepat rasa kesian dengan orang lain.
- Suka menolong. Selagi dia boleh tolong, dia akan tolong dengan bersungguh sungguh :)
- Cepat sangat terasa. Kekadang orang tak cakap pasal dia pun. Dia tetap terasa juga. AWAS!
- Kalau lepak dengan dia, tak sah kalau tak gelak. Sikit sikit gelak :p
- Mempunyai suara yang sedap. Kalau dapat mic, tak lepas punyalah. Mula mula je segan nak nyanyi.
- Sangat memahami perasaan seseorang. Tidak boleh lihat orang dalam keadaan susah. Mesti rasa nak tolong punya.
- Sesetengah orang je boleh faham #AnakKeempat ni
- Bila kawan dia tengah sedih, dia lah yang gembirakan kawan dia dengan lawaknya.
- Pendiam bila dia ada masalah. Kalau tak, dia lah orang yang paling bising. Pot pet pot pet
- Sangat pemalas! Kekadang benda yang ada depan mata pun, dia still suruh orang yang tolong ambilkan.
- Tidurlah lewat mana pun. Kalau kunci jam, pasti akan sedar dan bangun punya.
- Suka tidur lambat, bangun pun jadinya lambat.
- Kalau dia dah tak mampu ucap dengan kata-kata. Air mata je yang akan menemani.
- Kalau orang tak kacau dia, dia takkan kacau orang tu melainkan dia hanya bergurau (Sakat-menyakat)
- Kalau dah sayangkan someone or something, dia akan jaga dengan baik. Maklumlah #AnakKeempat katakan ~
- Paling pantang bila moody, orang tanya "Kau takde mood ke wehh?" Time tu hanya kaki je mampi bercakap.
- Pandai jaga hati orang. Hati dia luka takpe, asalkan dapat puaskan hati orang lain.
- Kalau cakap tak henti-henti. Try lah bersembang dengan dia :)
- Bila mak/ayah suruh buat sesuatu kerja, "sekejap" "sekejap" at last buat pun tak. Lupalah katakan.
- Suka ingat tarikh, lagi lagi kalau tarikh penting.
- Apa yang dia cakap, dia akan buktikan or buat. Jangan sesekali cakap dia penipu or pembohong and what so ever.
- Kalau dia banyak duit, dia akan belanja kengkawan dia. But kalau dia takde duit, jangan cakap dia KEDEKUT pula
- Kalau tengah takde mood, hanya orang tertentu je boleh kembalikan moog dia balik.
- Bila ada makanan, pandang pun tak. Bila takde makanan, baru terhegeh-hegeh tanya mana makanan.
- Bersabar selagi mampu and kalau tahap kesabaran dia dah lebih had. Dia akan luahkan segala-galanya.
- Tak suka dipaksa. lagi lagi time kena makan ubat!
- Tetap happy walaupun tengah bersedih :D
- PELUPA. Kekadang dia cari satu benda tu sampai mengamuk habis, padahal benda tu depan mata je.
- Walaupun seorang yang peramah tapi sifat pemalunya still ada.
- Cepat salah faham sebelum bertanya perkara yang sebenar. Bersifat sensitif. Ya, sangat sensitif orangnya.
- Banyak buat orang ketawa dan banyak juga buat orang menangis :')
- Berbakat dalam semua sukan yang diceburinya. Kalau boleh semua sukan dia nak masuk.
- Senang bekerjasama dengan dia. Seorang yang open minded :)
- To Be Continued......
Black out. Ouch!
MOHON HAYATI DENGAN SEPENUH JIWA DAN RAGA AWAK :D
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...
Dulu saya dapat 8A dalam PMR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...
Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."
Kata mereka....
Tapi...
Pada suatu Subuh...
Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...
Saya bacakan surah Abasa...
Dan sebak ketika sampai ayat:
Yaumayafirrul mar'umin akhih.....
Wa ummihi...wa Abih....
Selesai solat, semasa perjalanan pulang...
Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?
Saya jelaskan....
Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...
Ibunya...
Ayahnya....
Isterinya...
Anak-anaknya...
Saya katakan...
Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...
Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila...
Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......
Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya...
Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?
Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."
Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....
Wahai hamba Allah...
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?
Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?
Wahai pembaca madahku ini...
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalian akan digali?
Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai?
Note: Apa guna ibu bapa dan orang kampung korang bangga sebab korang dapat 100A, masuk U bagus, dapat kerja bagus, dapat gaji besar dan lain-lain sedangkan di mahsyar kelak tak ada satu kejadah pun daripada benda tu semua yang Nabi nak banggakan dari korang?
Selama berbelas-belas tahun aku telah bazirkan masa aku untuk perkara sia-sia dan sibuk dengan sistem percaturan dajjal, dan aku tidak dapat apa-apa melainkan "pujian" ibu bapa dan masyarakat sahaja...
"Pujian" tu semua tak boleh aku makan, tak boleh tutup aurat aku, tak boleh hilangkan dahaga aku, tak boleh sembuhkan penyakit aku.
Ia semata-mata sesuatu yang langsung tak ada nilai samada di dunia atau akhirat....
p/s: kopi and pasta from one of my friend :)
PMR Oh PMR
RANKING IN:
KUANTAN: 1) SMART
2) SHAH
3) SEMSAS
SBP: 1) MCKK
2) STF
3) SERATAS
41) SEMSAS
BIG OFFER from COMPANY
Ngeri + Pelik di Petang Hari
Hohoho. Sodapnya tidur~ |
Akibat terlalu banyak tidur:
1. Banyak tidur akan mematikan hati.
2. Menambah berat badan.
3. Menghilangkan manfaat masa.
4. Menimbulkan kemalasan.
5. Banyak tidur ini hukumnya sangat makruh.
6. Banyak tidur juga akan membahayakan badan dan tidak bermanfaat bagi badan.
Waktu Tidur Yang DILARANG oleh Rasulullah SAW
1- Tidur selepas makan.
2- Tidur sepanjang hari.
3- Tidur selepas solat Subuh dan awal pagi.
4- Tidur pada waktu asar.
5- Tidur sebelum solat Isyak.
Nota :
Tidur dalam gambar ketiga yang dilarang oleh Rasulullah SAW
Kitab Mengapa Rasulullah SAW Tidak Mudah Sakit M/S : 44-46.
sumber blog peribadirasulullah
Kerja Kerja Kerja. Lalalalal~
La La La La La Laaa
La La La La La Laaa
La La La La La Laaa
La La La La La Laaa
La La La La La Laaa
La Laaa La Laaa
Ooh! Pening kepala
Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja
Ooh! Lega rasanya
Jawat kerja pegawai pemasaran
Di Pertama
Rupa, oh! Rupanya
Kerja am sajaaa!
La La La Laaa La, hari-hari kerja!
La La La Laaa Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa La, hari-hari kerja!
La La La Laaa Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa La, hidup harus kerja, kerja!
Ooh! Terpinga-pinga
Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja
Ah! Nak bancuh kopi
Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Ah! Tak juga kayaaa!
La La La Laaa La, hari-hari kerja!
La La La Laaa Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa La, hari-hari kerja!
La La La Laaa Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa La, hidup harus kerja, kerja!
Gelisah, kugelisah
Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!
La La La Laaa La, hari-hari kerja!
La La La Laaa Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa Hari-hari kerja!
La La La Laaa Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa La La
La La La Laaa La La
La La La Laa La La
Subscribe to:
Posts (Atom)