88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Larangan Mandi Malam, Disebalik Surah dan Takwim Kalendar Islam


hahahaha rasa macam dahsyat je kan tajuk entry aku kali ni kan? kali ni kali kedua aku nak berkongsi ilmu tentang keagamaan sikit. first ilmu keagamaan yang aku kongsikan adalah mengenai WAKTU TIDUR YANG DILARANG. walaupun aku sedar aku ni tak sempurna, masih dalam keadaan jahil sedikit tapi aku akan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan melalui jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. kita ni kalau nak berubah, tak semestinya nak ubah 360 darjah kan? nak berubah kena lah bermula dari bawah. daripada free hair kepada betudung dan menutup aurat dengan sempurna. Islam itu mudah kan? okay okay. mari terjah ilmu yang aku nak kongsikan. walaupun sedikit, tapi impaknya sangat besar kepada diri kita tau :) bak kata pepatah omputeh, SHARING IS CARING (rasa macam tak sesuai je masukkan pepatah tuh, sila abaikan)

3 WAKTU YANG DILARANG MANDI MALAM
A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib. C. Setelah Isyak sehingga pukul 12 malam.

PENJELASAN:
A. 30 minit setelah solat Asar itu adalah waktu di mana darah di dalam diri kita setelah itu sedang panas. Jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lemah dan penat untuk melakukan pekerjaan.

B. Jantung kita setelah Maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan pekerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa ketika ini, jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat Isyak, inilah saat jantung kita berhenti dan melakukan istirehat. Jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air. Senang cakap, paru-paru berair. Sebaiknya mandi selepas pukul 12 pagi antara pukul 2-3 pagi, itu akan memberikan tenaga kepada badan seperti mengcas semula bateri badan yang lemah.

Aku selalu jugak amalkan perkara yang dilarang tuh hehehe. no wonder lah aku rasa makin lama makin malas nak buad kerja. lagi lagi sekarang ni aku digelar PENGGANGGUR TERHORMAT. tu sebab aku belum masuk universiti lagi lah. intake bulan Mei ni lah. 

DISEBALIK SURAH:
AL-FATIHAH: Dapat memadam kemurkaan Allah S.W.T
YAASIIN: Dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat
DUKHAN: Dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah S.W.T pada hari Kiamat
AL- WAQIAH: Dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir
AL-MULK: Dapat meringankan azab di dalam kubur
AL-KAUTHAR: Dapat meleraikan segala perbalahan
AL-KAFIRUN: Dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian
AL-IKHLAS: Dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafik
AL-FALAQ: Dapat menghapuskan perasaan hasad dengki
AN-NAS: Dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit waswas

TAKWIM KALENDAR ISLAM 
27 REJAB 143 (27 MEI 2014): Israk dan Mikraj
*1 RAMADHAN 1435 (29 JUN 2014): Awal Ramadhan//Berpuasa
17 RAMADHAN 1435 (15 JULAI 2014): Nuzul Al-Quran
*1 SYAWAL 1435 (28 JULAI 2014): Hari Raya Aidilfitri
1 ZULHIJJAH 1435 (26 SEPTEMBER 2014): Awal Zulhijjah
*10 ZULHIJJAH 1435 (5 OKTOBER 2014): Hari Raya Korban//Aidiladha
1 MUHARRAM 1436 (25 OKTOBER 2014): Awal Muharram//Maal Hijrah

* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



.



Hadiah Ouhh Presents

entry kali ni bukan pasal aku tau. pasal hadiah abah aku. hadiah tu diaa yang dapat, bukan aku. tapi aku pulak yang overnyaaa hahahaha. jealous ahh nengok abah dapat hadiah. abah dapat hadiah daripada WARGA SEMSAS sempena majlis perpisahan diaa sebab ada pengetua baru nak amek alih tempat diaa. abah aku belum official lagi bersara tau. bulan 11 ni baru bersara secara sah, adil dan saksama ohoho beria pulak ayah aku. terasa gah BM aku. aku ni hanyaa melopong je lah nengok hadiahs abah tuh. abah pulak amanahkan aku bukak hadiahs nyaaaaa. berpeluh kot aku hahaha. padahal aku koyak jeh pembalut hadiah tuh. tak rajin ahh nak bukak dengan penuh kasih sayang. ahakss. nanti nak jadi pengetua jugak ahh, dapat banyak hadiah olololo 
Sebelum // Before

Selepas // After

Ini pokok. seharian tak siram hahaha

Love cards from ANAKANDA 

LENOVO YOGA TABLET 8 from PIBG & EXSAS

why must jam lelaki? kahkah
cover pun dah comel

Hui best nih kalau dapat pakai benda alah nih

Tak sure apa dalam tuh. yang pasti bukan Al-Quran sebab buku dalam tu banyak and nipis nipis. Iqra maybe?

Mujur abah rajin baca buku. Kalau aku, hahahah

Album yang penuh makna. tidak lain tidak bukan daripada Cikgu Fakha

Rupa dalam album tuh. kenangan daripada Istanbul, Turkey and Taiwan
btw ada je hadiah lain yang aku tak tangkap gambar. rasanya tak perlu kot hahaha. sebab alatan tu semua benda biasa yang orang kasi. calon calonnyaaa adalah KAIN PELEKAT, TOWEL, QUEEN COMFORTER SET, PINGGAN MAGKUK, SET SUDU, PERIUK.  

Lepaking at McD of Inderapura

 
hoi hoi. harini dapat lah jugak aku update blog nih kuang kuang >.< ahh sakai pulak aku ni. puihhh. harini punya cerita LEPAKING McD dengan Syiena and Fateh. dari pukul 11 pagi sampai 2 petang lebih. lama lah jugak tu kan? tapi tak lama pun sebab aku yang beria sangat nak balik cepat cepat hahahah. you know what? harini first time aku bawak moto lalu lintas jalan, traffic bagai. dah lah bonceng Syiena pulak tuh. hoho selama ni kena harapkan adik aku je yang hantar aku. maklum le aku ni penakut sikit. nak bawak moto naik jejantas pun dah cuak, apatah lagi lalu jalan raya kan? tapi aku up sikit kali ni, lalu jalan raya terus hahaha tu pun sebab Syiena yang kasi kata kata semangat. aku ni hanyalah pemegang lesen L sahaja hahahaha. tu pun tak lekat sticker L kat depan belakang moto. dah stop cerita okay sebab dah takde cerita :)
Syiena, Fateh, Aku

Itu kaki LELAKI. hahaha



Abaikan aku pleasee


minah rempit hoho

muka sama sama pucat


why my face looked pale?

aku rasa gambar aku lawaa dah tuh, tapi muka nampak separuh jeh. bukan separuh, tapi SUKU