88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Hari Yang Memenatkan

 

Haihh, harini memang sangat memenatkan. Tapi aku berasa sangat puas hati. Okay mari start bercoloteh. Harini memang aku plan langsung nak pergi bandar Pekan. Entah macam mana, aku rasa tergerak hati pulak nak pergi sana. Then, aku pun start lah mencari geng nak ajak teman bershopping sikit.Firstly, aku ajak si Syiena. Bukan setakat wasep jeh, siap call bagai lagi tapi hampa sebab diaa tak angkat call aku *sigh* Then, aku terus mencari Pieya melalui wechat. Dah lah pagi-pagi lagi pulak tuh aku kacau diaa tido. Hahahaha

Pujuk punya pujuk, Pieya pun setuju lah nak ikut. Asalnya aku ajak diaa tumpang aku je sebab dia stay kat umah atok dia. Segala kenderaan takde kat sana, yang ada pun basikal jeh. Entah camne, tiba-tiba mak dia datang naik motor. So, dia tak jadi lah tumpang aku and kakak dia hantar dia ke Pekan lah. Aku nak kena pergi Yayasan Rahah dulu nak uruskan benda sikit. Then, abah hantar aku and tinggalkan aku kat Bank Islam untuk buad pembayaran yuran penginapan.  Lagipun aku dah janji nak jumpa kawan. Tapi sedih weh, kod APT untuk yuran penginapan takde pun kat situ. Yang ada pun hanya PRF, BMK ngan RFD. Masalahnya tiga kod tu aku dah bayar belaka. Dateline nak kena bayar APT pun dua hari sebelum hari pendaftaran. Omegadd!! Adakah aku tak dapat penginapan kat apartment?

Lepas habis keluar dari bank tuh around pukul 9.30+ pagi, aku pun tunggu lah cik Pieya kat area Kedai Kain Sahabat, Verns, Butik apa entah. Agak lama jugak tu aku tunggu dia. Boleh pulak aku jumpa Ana. And kitaorang pergi lah kedai Men Men kejap sebab Ana nak beli kotak hadiah sementara mak diaa pergi Bank Islam for a while. Elok-elok je keuar dari Men Men, mak dia dah ada depan Vern's. Then dorang pun balik. Aku macam biasa lah bagai anak patung Barbie tunggu cik Pieya. Pukul 11 batu dia sampai. Then pergi pulak Maybank sebab nak masukkan duit. First time tuh, aku nak masukkan duit sebab nak beli barang online. Sadis kan? Then bersakan sikit bershopping. Masuk kedai satu persatu. Dah lah banyak kedai. Jauh pulak tuh. Beli tu beli ni untuk persiapan nak pergi Matrik ngan UNITEN. Buad gambar passport bagai. Habis cerita ;)

MALAYSIA TRULY ASIA
Ni tempat last kitaorang pergi sebelum masing-masing dijemput oleh mak ayah di stesen bas dekat Tabung Haji. But first, let us take some selfies. 

Pekan Bandar Di Raja


Nak berselfie kejap *koya dekat oversea je*

With Pieya
Hahahaha dah tak boleh nak cover batu-bata kat belakang tuh

Mini Gathering


Hai uolls. Malam tadi telah berlangsungnya satu mini gathering di rumah kawan aku yang bernama Nur Syafiqah. Tapi mostly orang panggil nama manja jeh iaitu Pyqah. Mini gathering ni hanya dihadiri seramai 7 orang sahaja termasuk aku iaitu khas untuk ExSPIAN yang sebaya dengan kami. Haa, yang datang pompuan je tau. Dah nama pun mini gathering kan, takkan le nak ajak dengan budak laki kan? Boleh je ajak, tapi nampak macam tak elok lah pulak kan. Lagipun yang datang pun, budak yang duduk area Pekan jeh. Paling jauh pun dari Lepar, tu pun sorang. Yang lain duk Kuantan, Chini tak dapat nak datang. Ye lah, masing-masing takde lesen lagi. Kalau ada pun, still takut kan nak bawak kereta. Hahahah

Act, boleh je kalau nak bermalam kat rumah Pyqah. Tapi ye lah kan, kalau ramai-ramai takut mengganggu family nak berprivacy diaa even family diaa tak kesah. Kalau ada Pyqah sensorang, maybe boleh dipertimbnagkan kot. Hahaha masing-masing ada alasan tersendiri kan sebab tak boleh pergi. Even dah cukup umur 18 tahun pun, tapi masih di bawah jagaan mak ayah kita lagi. Kena mintak izin mak ayah dulu. Nak nak kita ni baru je nak membesar lagi-lagi perempuan. Tak boleh sangat nak bagi kebebasan kat anak-anak. Lain lah kalau anak-anak lelaki. Siapa lah nak culik remaja lelaki kan? 

Kalau ikutkan hati, aku pun nak jugak bermalam kat rumah Pyqah ikut jejak Asmaa, Yanie ngan Oya. Tapi tu lah, mak aku tak kasi. Rumah kami pun takde lah sejauh rumah minah 3 orang tuh. Lagipun ada je orang yang boleh pergi hantar and amek balik aku iaitu abah aku lah. Mak aku tak kasi aku tido kat rumah orang sebab tak percayakan aku. Katanya takut aku ikut jantan lain pulak. Hahaha senak aku gelak. Mak mana yang tak risaukan anaknya, kan? Nowadays kan banyak kes culik, rogol. Haaa kita ni kenalah berwaspada sentiasa. Kalau nak kemana-mana pun kena ada kawan. Tak boleh sensorang even jalan-jalan waktu siang.
   
Dah stop membebel. Aku ni kalau membebel, memang tak cukup satu entry. Korang pun bukan nak membaca sangat kan? Aku paham sangat kat korang tuh. Nak baca buku teks pun dah malas, inikan pulak nak membaca entry blog orang *elehh, aku ni pun apa kurangnya* Nak tunjuk gambar kami pulak.

BBQ TIME
UMMU NGAN ASMAA SEDANG KHUSYUK MEMASAK
BUT FIRST, LET ME US TAKE A SELFIE *ayat pemes nowadays*
WITH TUAN RUMAH
YANIE, ASMAA, UMMU & OYA
WITH YANIE *abaikan muka aku tuh*
DUA GAMBAR DAH JADI PUZZLE. PADAHAL DUA-DUA GAMBAR LAIN


Haihh tak tahu lah kan, bilaa nak jumpa korang lagi. Lepas ni masing-masing busy dengan persiapan bagi kemasukan matrik ngan universiti. Dah lah yang lain dapat kat luar Pahang, aku je masih setia dalam Pahang. Rezeki aku kat sini. Hogoh Pahang Hogoh *tak sabit*

Selamat Hari Guru & Happy Teacher's Day



Alhamdulillah, we're entering 16 May 2014 :) Hari ini merupakan tarikh keramat yang perlu kita semua ingati. Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi semua guru di Malaysia. Eh, negara lain sambut hari guru bilaa ek? Ke seluruh negara sambut pada 16 May? Ahh lantak lah. Tema hari guru pada tahun ini ialah "GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"  

Firstly, saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU and HAPPY TEACHER'S DAY kepada mak (Puan Hajjah Zalizan binti Abd Aziz) dan abah (Tuan Haji Azhari bin Tauhid), guru-guru dari SK Peramu Jaya (SKPJ), SK Pekan Jaya (SKPeJ), SMK Seri Pekan (SMKSP) dan SMS Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS). Tak lupa jugak kepada cikgu praktikal SEMSAS iaitu Cik Rasyikah, Cik Anis Zulaikha, Cikgu Hafiz dan Cikgu Zaim. 

Terima kasih kepada kalian semua kerana telah menjaga saya dari saya kecik sampai lah dah besar tahap anak gajah ni dan sabar melayan kerenah saya yang agak "nakal" sedikit ini. Terima kasih jugak kerana telah mencurahkan segala ilmu kepada saya. Ampunkan segala dosa saya kerana selama ni saya selalu buad masalah, ponteng kelas, tak siapkan homework dan segala salah dan silap saya selama saya memegang jawatan "budak sekolah". Jasa kalian semua tidak akan saya lupakan dan akan saya ingati selama-lamanya. *menangis sambil lap hingus*

ABAH & MAK
PRINCIPAL OF SEMSAS
WITH PRACTICAL TEACHER, MISS RASYIKAH
ENCIK BAHARUDDIN (GPK KOKO) & AYAHANDA
ZEALOUS 0913 + MR HAMDAN, MRS ROHANA & MISS PRACTICAL TEACHER
WITH MR KARIM (WARDEN + CIKGU BAHASA GERMAN)
WITH MRS HASMAWATI (CIKGU BIOLOGY + OUR MAK ANGKAT DORM)
WITH MR HAMDAN *sempoi kan*

Medical Check Up + X-ray

 

Haaa, benda ni memang wajib kena buad bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran kerana mereka telah terima tawaran bagi kemasukan sekolah asrama penuh, matrik, ipta mahupun ipts. Politeknik dan seangkatan dengannya, maybe kena buad jugak kot. Penting kot benda ni. Kita tak tahu kan selama ni duk umah, tekanan darah tu normal ke turun. Parah lagi, kalau menaik. Alahh, semua tempat sama jeh. Asalkan belajar. Tu yang paling penting. Kan?  

Asalnya, aku dapat offer letter dari UNITEN pada tanggal 3 April 2014, tapi aku pulak hantar acceptance offer letter pada tanggal 6 Mei 2014. Tu pun sebab mak aku yang suruh isi borang UNITEN. Hahaha teruk kan aku? Kena disuruh baru nak buad. Kalau tak suruh, pascerah le. Padahal banyak kot masa yang aku ada sebelum ni. Penganggur katakan. Tu pun mujur mak yang ingatkan awal sikit. Kalau tak, memang kalut habis ah. Ni pun agak kalut sedikit. Dengan baru nak hantar acceptance offer letter, isi borang bagai, buad pembayaran macam macam. Nak buad medical check up plus x-ray pulak. Okay stop membebel benda kerepek!

Siang tadi pun baru je aku nak buad medical check up plus x-ray. Haaa see that, baru nak buad tuh. Dah ah bertindih sekali dengan budak budak yang nak masuk matrik dan ipta. Paling mengejutkan, askar wataniah pun ada sekali. Abam abam katang + sado + tough + sasa *dah kenapa aku gatal pulak ni -,-* Act, semalam patutnya aku nak buad medical check up bagai. Ada lah dalam pukul 10 pagi aku datang. Tapi tapi tapi dan tapi unfortunately, kena booking dulu weh. Lagipun dah penuh orang booked. So, pegawai kesihatan tu cakap boleh buad keesokan harinya. Fuhhh! Bersyukur sangat woi. Kalau dapat next week, mau kalut lagi lah.
 
Aku buad medical check up dan x-ray kat hospital kerajaan dan hanya perlu membayar serendah RM 20 sahaja. Aku pun tak tahu lah tu dikira murah atau mahal. Rasanya lain hopital, lain harga kot. Procedure diaa sekejap jeh tu pun depends on orang yang booked masa hari tu lah. Pergi makmal, amek ujian air kencing. Then check tekanan darah, ketinggian, berat badan, buta warna, penglihatan. Then, buad x-ray pulak. Lastly, check gigi. Dalam pukul 11 lebih baru siap. Tapi belum habis lagi maaa, pukul 2 petang kena datang hospital balik. Sebab nak kena jumpa doktor, ada lah doktor check sikit sikit. Tanya dulu sekolah mana, dapat berapa A SPM, sambung belajar kat mana, amek course apa. Kiranyaa doktor tu nak berborak sikit dengan kita disamping adalah jugak diaa kasi pendapat dan nasihat sikit tentang course yang kita amek. Boleh pulak doktor tu terkejut berat aku hanya 47.8 kg dengan ketinggian 160 cm. Huih, mujur BMI aku normal woi. Then, terus isi pengesahan apa yang borang matrik/ipta/ipts korang mintak. Pukul 3 petang baru siap! Setakat ni, aku dapat semua doktor, pegawai kesihatan dan nurse perempuan. Woot woot :) 

Simple dan mudah kan? Takdenyaa sampai nak kena cucuk cucuk bagai. Amek darah bagai. Haaa, pasal x-ray tuh, kita yang pompuan ni tak payah risau lah. Dorang ada sediakan baju putih untuk kita. X-ray pun kat bahagian paru paru je pun. Sebelum jejakkan kaki keluar dari hospital, pegawai kesihatan tu ada pesan camni, "okay dah siap. awak bawak balik semua ni dan tampal x-ray tu kat dinding bilik awak." Aku hanya mampu tersenyum dan ketawa sopan. Hamboih nampak sangat aku ni hipokrit ketawa sopan *tangan dibahu, mata di atas* 
Dah habis ceritaa.  



X-ray
Borang Pengesahan Doktor

Hala Tuju Selepas SPM

Ke PLKN ke kita? Ke MATRIK ke kita? Ke Form 6 ke kita? Ke UNIVERSITI ke kita? Haaa untuk makluman engkorang semua, hala tuju aku selepas SPM adalah sebagai seorang penganggur sampai sekarang. PLKN, MATRIK, belaka aku tak dapat. Harini result UPU dah keluar and resultnya sangat mendukacitakan. Yang aku dapat hanyalah Form 6 and IPTS. IPTS yang aku dapat pun hanyalah Lincoln University, UCSA, MSU, KLMUC dan UNITEN. Yang aku senaraikan tu je yang aku mohon dan semua dapat course accountancy. Alhamdulillah. Yang aku tak mohon pun dapat gak secara tiba tiba. 

Act, aku tak kesah kalau tak dapat matrik pun, tapi aku terkilan lah babe sebab aku ni tak laku kat matrik hahaha. Kalau upu tu, hmmm entah lah tak tahu nak cakap camne. Agak "sedih" lah jugak sebab tak dapat. Mana taknya, sedangkan people are worser than me also got the UPU. Rasa macam tercabar lah kan sebab tak dapat. Tapi tu lah, rezeki masing masing kan. Mesti ada hikmah kenapa Allah tak bagi benda tu semua kat aku. Allah kan Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah lah sebaik baik perancang. Kita ni hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. Apa yang kita dapat, kita kena terima dengan hati yang terbuka dan terima dengan ikhlas. Mana tahu rezeki yang kita dapat akan membuahkan hasil. Kan? 

Lagipun rezeki Allah kat muka bumi ini sangat luas selagi kita masih bernafas dan bernyawa. Kita hanya perlu mencari dan dapatkan rezeki Allah. Bilaa dah dapat tu, kena lah ucapkan "Alhamdulillah". Tak gitu? Mana tahu kot kot lah nanti kita dapat Anugerah Dekan, dapat ijazah Kelas Pertama Takpun dapat belajar sampai peringkat yang tertinggi. Walaupun ayat aku tu semua lebih kepada kecewa dan terlampau pasrah, tapi kita sepatutnya kena sentiasa berfikiran positif. Kita masuk u ni nak belajar untuk capai cita cita kita, bukan untuk dapatkan gelaran "pelajar Form 6, matrik dan universiti" semata mata. Nak belajar tu kena ada nawaitu yang betul tau. Kalau nawaitu pun dah tak betul, guane nak berjaya. Kan?
 
Haa, dah masuk Form 6, matrik atau universiti dalam negara mahupun luar negara nanti, jangan lah bersikap sombong dan bongkak pulak. Mungkin mula mula kita bangga sebab dapat belajar kat universiti terbaik Malaysia lah apa lah. Tapi nanti kita tengok lah result masing masing camne. Takpun tengok lah sama ada besar nanti kita akan jadi apa. Entah berjaya capai cita cita kita ke tak. Sebab sekarang ni kita tak jumpa ramai orang lagi. Masalah pun tak banyak lagi. Dengan assignments bagai. Kita pun tak tahu lah lepas masuk universiti tu sama ada kita ni makin bijak ke tak. Perangai berubah 360 darjah tu makin baik ke tak. Tapi mudah mudahan makin baik lah kan. Takut jugak kalau menyimpang ke jalan yang salah. Maklum lah, kita ni kan masih remaja. Mudah sangat terpengaruh dengan benda benda kecik dan besar sampaikan aku pun tak tahu benda apa yang aku mengarut ni. Hahahaha. Okay lah, congrats lah pada yang dapat sambung belajar kat mana mana pun. Tu semua rezeki yang Allah bagi pada kita. Good luck jugak dalam menempuh alam sekolah, matrik dan universiti. Semoga kita dapat capai cita cita yang kita impikan. Aamiin~

SEMOGA DAPAT MEMBANTU SIKIT BAGI SESIAPA YANG MASIH PENING NAK SAMBUNG KAT MANA
 
TERKILAN AKU TAK LAKU 

FORM 6 DI SABS

SOBS SOBS *meleleh air mata*

KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITY COLLEGE

MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY

UNITEN

UNITEN LAGI *jelas sikit gambar tuh*

Eh eh! Aku tak habis membebel lagi ni woi. Pasti engkorang ingat cerita aku ni tergantung kan? Haaa saje mau kasi suspens maa. Mesti ada yang ternya tanya kan, aku nak masuk sambung belajar kat mana. Hmm, setelah berhempas pulas memikirkan. Aku telah membuat keputusan yang muktamad nak sambung belajar kat mana nanti. Kat mana lagi aku nak sambung belajar kalau bukan kat IPTS kan? 

Bukannya aku tak nak sambung Form 6 sebab kena pakai baju sekolah. Eleh, Form 6 kan boleh mintak tukar sekolah. Sekolah sekolah kat Pekan tu, mana ada yang pakai baju sekolah dah sekarang ni. Pakai tshirt je. Ada sekolah yang kena pakai baju korporat tau macam SMK Dato' Mahmud Mat. Kalau Form 6 kat sekolah mak aku, ye lah kena pakai baju sekolah tapi kaler purple. Hari Rabu pulak kena pakai baju korporat and Khamis pulak pakai baju batik. Haa tak ke kena keluar banyak duit jugak tu nak kena beli baju bagai. Nak tempah kat tukang jahit lagi.

CHECK IN ACCOUNTANCY
4 April 2014: KLMUC
14 April 2014: UCSA
28 April 2014: MSU
24 Mei 2014: UNITEN

Berdasarkan gambar rajah di atas *ingat kertas exam sekolah ke?* dapat lah kan engkorang simpulkan kat mana aku nak sambung belajar nanti. Yaaa! UNITEN lah tempat untuk aku sambung pengajian dan brainwash otak semulaa *nowadays otak aku makin beku sebab dah lama tak belajar kira kira* Nanti kalau engkorang ada jumpa aku, say hai hai lah aku. Inshaa Allah aku takkan balas balik. Hahahah. Rasanya macam takde pun yang nak masuk situ. Sensorang lah gamaknyaa. 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

Istanbul Kami Datang Part 2 (INEPO 2013)

kami pergi ke sana bagi tujuan *tetibe je ayat skema* pertandingan INEPO (International Environmental Project Olympiad) untuk kali yang ke berapa pun aku dah tak ingat hehehe. malas nak belek majalah INEPO (padahal tak ingat kat mana letak majalah tu). pertandingan tu diadakan selama 4 hari yang diwakili oleh 50 negara dengan penyertaan 120 kumpulan. nak tengok lagi gambar Istanbul Kami Datang Part 1, sila klik DI SINI
5 STARS HOTEL

THAT'S MY NAME

NAK BERESKAN KERJA SIKIT LAGI

FORMAL PICTURE

TURKMENISTAN

THE JUDGES

BERMULANYA PERTANDINGAN

ATAS KAPAL WITH THE PARTICIPANTS

PEMANDANGAN

PEMANDANGAN LAGI

SUBHANALLAH! THE SUNSET

HIS NAME IS ERZHAN. 16 Y/O (2013). FROM KYRGYZSTAN

CLONE OF PINOCCHIO FROM SLOVAKIA

JEMPUT MAKAN

MINIATURK

REPLICA

LUKISAN

FATIH KOLEJI

MUKA PURA PURA RELAX

AINA & AMSYAR GOT GOLD MEDAL. NURIN & ME GOT BRONZE MEDAL

WITH CAN BAY AND ASIM FROM GEORGIA