cakap pasal azam baru ni kan, agak-agak azam tahun lepas tu dah settle semua ke belum ek? elehh, tipu lah kan kalau dah settlekan semuanya kan? same goes to me lah. hahaha. and aku baru perasan azam dulu yang berkurun abad pun banyak yang tak settle lagi. tu pun sebab azam setakat dalam hati. mana ada pernah tulis azam tu kat diari, buku nota, kertas kajang, kertas graf. kat blog apatah lagi. kalau ada, boleh lah aku tunjuk azam yang tak pernah settle tu.
so, tahun ni aku nak tulis segala azam baru aku kat dalam blog ni haaa. kalau nak tulis dalam diari, takut hilang. kat kertas pun sama. maklum lah aku ni kan species home sapiens yang tak reti simpan barang elok-elok. sukaa main campak ngan sumbat barang kat macam-macam tempat. nak cari pun sah-sah tak jumpa. silap haribulan dah kena kitar semula. tu paling baik. paling teruk pun, dah jadi abu sebab kena bako. hahahaha,
okayy guys! let's start my new wish list-to-do
- Solat awal waktu *yang ni memang wajib buat
- Mengaji di antara Maghrib-Isyak at least dua muka surat *kalau kat asrama boleh buat, kat umah ngan UNITEN pun mesti boleh
- Baca al-Muthurat selepas solat Subuh
Nak jadi bini mithali*reject sebab tak kawen lagiNak iPhone 6*pakai je Lenovo A880 sampai jahanam- Nak jadi feminin *haaa yang ni in shaa Allah boleh lah kot. so, kena beli skirt labuh, jubah, maxi dress, barang make up
- Dean list every semester
- Always smile tiap kali bertembung dengan orang *ni yang lomah semangat ni, tapi senyum kan satu sedekah. kena practise banyak banyak
- Kurangkan beli barang barang online
- Rajinkan diri untuk bersukan dan beriadah *macam joging ke, salsa dance ke
- No boyfriend *tapi kalau dapat boyfriend yang lagi bijak dari aku, selalu ajak study sama-sama, yang jarang ajak keluar jenjalan takpe kot. at least, aku ni yang semangnya confirm malas study takde lah liat nak study lepas ni hahahaha
- Jangan skip meals *sebab aku ni memang pemalas kuasa dua nak turun pergi food court
- Jangan duk berhutang ngan orang keliling pinggang *alhamdulillah setakat ni semua hutang diselesaikan
- Lain kali aku update balik
p/s: aku tak rasa ni semua azam baru untuk tahun ni. azam ni semua patutnya diterapkan dalam diri untuk selamanya kot. hahahah
dengan ini, aku umumkan bahawa azam yang ke-14 ditangguhkan. sekian terima kasih sebab sudi membaca :)