K.A.W.A.N B.A.I.K?
harini tetibe rajin pulak nak update sebab dalam kepala otak aku yang sakaii ni dah mencurah curah idea. kalau tak update kang, pecah otak aku akibat kelebihan idea ni.
apa itu KAWAN BAIK? merujuk Kamus Aku Reka Sendiri, kawan baik atau bahasa omputehnya disebut BEST FRIEND FORVER a.k.a BFF adalah species kawan yang sentiasa ada masa susah senang, saling memerlukan, jenis tak cepat terasa, saling menasihati satu sama lain. kawan yang tak kesah pasal darjat, keturunan mahupun harta. tak amek kira dari segi pendidikan rendah ke tinggi. "kalau kau kecewa camne pun, aku masih ada untuk kau", menyakaii, ketawa, menangis, melalak, terpekik, terlolong meroyan bagai nak rak bersama sama. evan tak sama universiti dan dah bawak haluan masing masing tapi still contact each others and so on. alaaa korang sendiri pun tau kan maksud tu kan?
kalau still tak paham lagi, silaa rujuk Kamus Dewan Bahasa & Pustaka. kalau malas sangat nak belek setebal tebal kamus, search je kat Mr. Google. in shaa Allah Mr. Google boleh bantu dengan senang hati. tak paham lagi, memang kau kena masuk sekolah balik lah kot.
setiap orang daripada kita mesti ada kawan baik kan? tipu lah kan kalau takde kawan baik even sorang je. memang kau bukan homo sapiens s.p le kalau takde kawan baik. kawan dan kawan baik tu makna dia sangat berbeza dan ketara. nak tahu silaa rujuk Mr. Google sebab dia je yang rajin nak melayan kerenah kau. aku ni memang species homo sapies yang malas nak bagi explaination panjang berjela. takut silap hari bulan kang aku menangis pulak. cukup je lah tadi aku membazirkan air mata.
dah kenapa pulak aku sampai menangis bagai ni? haaa mesti korang tertanya tanya kan? biasalah, dah nama pun pompuan. hati kan lembut. nangis je lah yang tahu dan termampu. tapi tak jugak sebab ada je pompuan yang hatinya sado. tapi bukan aku. hikhok
pernah tak korang sentap ngan kawan baik sendiri? elehh tipu laa tu kalau sekali pun tak pernah sentap kan? kalau setakat dua tiga kali tu maybe boleh di maafkan. tapi kalau dah tak terkira, mau perang ketiga meletus pulak. ye lah kan selama ni kita tahan je melayan perangai diaa tu. bukan perangai baik. perangai yang kurang baik yang kita tahan, sebab kita sayangkan diaa. kita tak nak lah sampai bergaduh, tu pasal lah tahan je lah. tapi jangan lupa tau, people have their own limit tahap kesabaran jugak tau.
nak tau kenapa aku cakap camni? sebabnyaa aku sendiri dah merasai tu semua. baru je bergaduh ni. siap menangis lagi tu tau. selama ni aku duk tahan jeh. even diaa ada sentapkan kawan kitaorang, budak tu diam je. tapi diaa ada gak tahap kesabaran dan aku pun tau budak tu ada masalah ngan kawan baik aku tu. tapi budak tu pesan, jangan bagitau kawan baik aku pasal tu. so, aku okay je lah. aku ni bukannya batu api. masalah dorang, kena lah sama sama settle kan. karang orang lain masuk campur, memang meletup kebaboommm lah.
tapi kalau kawan dengan kawan sentap tu memang perkara biasa lah kan. dah nama pun kawan. nothing special. tapi ni kawan baik. diulang, KAWAN BAIK okayy. nak cakap kawan baik aku tu backstabber, memang tak. sebab dia punya pkwe, diaa punya lah. aku punya pakwe, aku punya. tapi pakwe pun aku takde. calon lagi lah takde. ehh promote diri pulak.
tapi aku tak tau ah nak describe kan kawan baik tu camne. ye lahh. kami ni dah kenal dari sekolah rendah lagi. 8 tahun beb persahabatan kitaorang. kitaorang kenal dari darjah 5 lagi. masa tu kitaorang sama sama masuk asrama kat SMK Seri Pekan. aku malas nak cerita pasal asal usul kenapa SMK ada budak sekolah rendah sekali. papehal, search Mr. Google je. sebab mood aku ruined sangat ni,
so, dari darjah 5 sampai form 3 je aku satu kelas ngan diaa. satu dorm pulak masa darjah 5. naik form 4, kitaorang dah berpisah kelas sampai lah bulan April aku pindah SEMSAS pulak. tapi berpisah pun weols masih contact each other tau. keep in touch gitu~ time cuti sekolah je, mesti kitaorang keluar jenjalan even aku cuti sem pun kitaorang still lepak bersama. sampai lah satu ketika ni kami bergaduh gara gara sepotong ayat kat moments WeChat yang memang tahap kesabaran dah tak boleh nak sabar. tapi kan, sorry ah tak dapat bagitau. mana boleh ceritaa kat orang lain. benda private and prudental kot ahahah. tapi kesah seterusnya, kena bagitau. amek pengajaran.
 |
|
tapi lepas gaduh gaduh tu, diaa terus mula update kat moments macam macam. panas hati tu panas lah jugak. bukan setakat menyirap, menggelegak. nak meletus pun ada. tapi aku sabarkan hati jugak. malas je perang besar. kang orang tu duk tanya, orang sini tanya. malas nak bercerita panjang lebar pulak. tapi yang aku ingat sampai sekarang diaa punya ayat, "DAH KENAL SIAPA KAWAN SAPE KAWAN". ni pun satu lagi ayat peluru padu dari diaa. lagi ah sentap kuasa dua.
then, aku pun terfikir. ouhh selama ni diaa anggap aku ni KAWAN diaa dan BUKAN KAWAN BAIK diaa. benda ni pun memang aku dah perasan lama dah. tapi watlek sudah. benda ni nampak ketara kat moments ngan instaa diaa. time kitaorang lepak bersama, mesti lah wajib berselfie. tak sah kalau tak selfie time lepak even lepak tempat yang sama jeh. apa yang diaa update adalah perkataan "KAWAN" sedangkan aku punyaa ah update diaa tu sebagai "MY BAE, MY KESAYANGAN, MY BFF". siap buat video bagai pastu cerita pulak sejarah perkenalan kitang orang.
tak sangkaa rupanya selama ni aku je yang beriaa anggap diaa tu KAWAN BAIK aku sedangkan diaa tak pernah pun anggap aku camtu. mesti korang rasa aku ni macam budak budak kan? benda kecik camtu pun nak terasa. heyyy!! cakap senang ah. ce korang rasa kat tempat aku pulak camne!!! tak kena boleh ah cakap camtu. haaa kan dah emo pulak aku. maaf okayy.
pernah gak diaa update moments, "MALAS CARE. TIME NAK CARI AKU. PERGI MAMPUS KAWAN" haaa kuat jugak ingatakan aku kalau bab bab camni. kalau bab pelajaran, hehehe kureng. ni pun aku sentap. diaa ingat diaa je ada masalah? aku pun ada masalah gak time tuh. kadang kita ni pun ada gak masalah yang tak nak cerita kat kawan baik sebab tak nak susahkan diaa. sebab selagi masalah tu boleh settle sendiri, settle sendiri dulu.
then, aku pun momentsjacked diaa, "OKAYY, KITA TENGOK SIAPA YANG CARI SIAPA LEPAS NI". pastu diaa pun sebok laa dok comment, gaduh ngan pakwe ek? *masa tu aku dah couple, tapi kejap je hahaha* aku pun reply, "HAAH". padahal pakwe ex aku tak buad salah papepun kat aku time tuh. ikutkan hati nak je aku cakap, "BUKAN. KAU AH. TERASA LA TU KAN?" tapi disebabkan nak menjaga hati, aku salahkan pakwe ex aku. mujur le time tu pakwe ex aku tak bukak moments. ahahahah.
dan yang paling aku tak tahan, tapi tahan je lah diaa punya moments, "KAWAN SERUPA KELING. SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI". agaknyaa kat siapa ek yang dia tujukan tu kalau bukan aku? ikutkan hati ni, nak je aku moments camni, "KELING?! HAHAHA UMAH KAU TAKDE CERMIN EK? MUKA AKU YANG PUTIH NI KAU CAKAP KELING? EHH PLEASE AHH. KAU NGAN AKU KONTRA WEHH. DARI JAUH PUN ORANG BOLEH NAMPAK SIAPA PUTIH SIAPA HITAM"
tapi cam biasa ahh. nak jaga hati, aku update pasal COC a.k.a CLASH OF CLANS. masa tu kan coc tengah under maintainance. nak upgrade sempena Halloween katanyaa.
dah lah. sampai sini je lah aku meroyan. kang kalau lebih lebih pulak. terbongkar rahsia. ada yang masuk Hospital Terlebih Bahagia pulak ni. dah le nyamuk ni tak henti henti duk gigit aku je ni. malam pun dah terlarut sangat. agaknya kena lebihan hydrochloric acid kot. okayy selamat malam dan selamat muntah baca aku punya belog yag panjang lebar. sekian. wassalam~
No comments:
Post a Comment