88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

HANYA 10 TANDA-TANDA KIAMAT BESAR YANG TINGGAL

 
Sebentar tadi, aku ada terbaca banyak sangat artikel tau. First sekali mengenai PERUBAHAN PAKSI BUMI. Tu pun mak aku yang search kat GOOGLE. Aku pun rasa tertarik je nak baca tanpa ragu-ragu. Mana taknya, waktu sekarang ni lah kita kena mengetahui pasal tanda-tanda kiamat. Sekarang ni, 15 tanda-tanda kiamat kecil telah lengkap, tinggal 10 tanda-tanda kiamat besar je nak disempurnakan. Harap-harap dapat lah membantu korang sedikit sebanyak :) 

 15 TANDA-TANDA KIAMAT KECIL 

1. Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

 
2. Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

 
3. Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

 
4. Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
 
5. Munculnya kekejian
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
 
6. Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.
 
7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.
 
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.
 
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”. - RIWAYAT ABU HURAIRAH

10. Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.
 
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.
 
12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.
 
13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.
 
14. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.
 
15. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
 
 
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslim).
Keterangan:
 
10 TANDA-TANDA KIAMAT yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.


10 TANDA -TANDA KIAMAT BESAR:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
 
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

SBPians REAL LIFE

 

  Dah 18 days aku tak update entry kan? Agak lama gak tuh. Rasa macam berhabuk dan berdebu pulak blog aku ni. Hahahha. Kemalasan dah menggunung, tu pasal tak mau update. Ni baru kerajinan datang secara tiba tiba. Kali ni bukan cerita pasal aku tau. Tapi, INI KISAH KAMI SEMUA :)

 THESE ARE OUR REAL LIFE IN SBP @ SBP GAGS

p/s: Act, adaa banyak lagi gambar tapi tak muat dah nak letak kat sini. Kalau nak lagi banyak, mohon lihat di sini:
1) Twitter: @SBPGags
2) Facebook: SBP Gags
 
Mandi oh mandi

Bilaa PREP and RIADAH


Benda yang budak budak paling sukaa bawak! Feveret kot

Ini biasanya kerjaa budak ASPURA je, hoho

Tiba tiba

Kau ada?


Bila makan lau sedap kat DEMA

Tengok betul betul weh
Ikan yang WAJIB mesti adaa setiap SBP

Memang perangai SENIOR

Sakai sebentar

Tak sedar diri nak exam

Perkara biasa bilaa MALAS buad homework yang bertimbun

Makanan WAJIB yang kena adaa walaupun warden kata HARAM bawak kat asrama
The ampaian


Terbaik ahh


Sukaa sangat lettew main cop cop bilik mandi

Kat DEMA tak pernah disuruh basuh pinggan

Bilaa dapat lebihan HOMEWORK

Yess! That's right

Perbezaan OUTING Aspura and Aspuri

Semua SAMA je bila exam BESAR

Bilaa MALAS nak belajar subjek yang tak suka

Benda first yang kena buad dulu

Belanja kat KOOP lagi banyak daripada kantin

 
 

Meet My BAKAL New Lover :)



 
 Hoi hoi. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana sudah membukaa pintu hatiku untuk jatuh cinta. Aku tak tahu laa macam mana aku boleh terpikat pada mereka mereka ini. Nak kata tak henseng, henseng sangat wehh. Sekarang ni aku dah kesah dah rupaa dorang kaler apa. Kalau dulu, memang memilih gilaaa. Sekarang dah tak pandang semuaaa tuh. Sampai luruh jantung aku dibuadnyaaa. Mata ni bilaaa terpandang kan dorang je, keluar terus bentukk LOVE tau takk. Aku rasaa perasaan aku kali ni membuak buak pada mereka.  Aku rasaa aku dah tergilaa gilakan mereka pulak. Dorang tu dah lamaa sangat jadi CRUSH aku. Baru baru ni, aku asyik ternampak je mukaa dorang tuh. Tak kiraa ah dimana saja aku berada. Mesti dorang akan lalu je depan aku. Aku rasaa macam nak kejar je dorang tuh. Tapi apakan dayaaa, aku ni hanyalah insan yang lemah. Nak lari pun, dah tak berdayaa sebab duk umah ni aku rajin simpan lemak. Hahahha. Aku hanyaa mampu melihat mereka dengan perasaan sayu sahajaa. Tiap kali nampak je, mesti hati aku akan berdebar debar. Aku harap Allah akan perjodohkan kami keranaa sudah lama aku simpan perasaan cinta aku ni pada mereka. Haaa, meh sini aku tunjuk kat korang pengarang jantung + hati + limpaaa aku :) 
 
My FIRST LOVE :*
Ya Allah, perjodohkanlah kami berdua. Aamiin~






Wohooo. Dapat SWIFT pun jadi laaa. First Love kot sebab diaa sempoi sangat dan sesuai untuk gegirl macam aku. Ahaks
Aston Martin One 77


Audi R8 and Lamborghini Aventador

Zenvo ST1


Ferrari and Porsche

Lady In Red


Lexus LFA


Maserati Granturismo


Matte Black Aston Martin


This Porsche

Zenvo ST1 again
Started from now, aku akan belajar bersungguh sungguh dengan seikhlas hati dan sepenuh jiwaa raga aku. In Sha Allah :) Aku gerammm betul lah tengok mat mat kereta ni. Henseng gilaaa boh. Cukup sexy! Ya Allah, kuatkanlah iman aku ni. Teringin sangat nak naik dan memiliki merekaa. Tapi gegirl macam aku ni lebih sesuai naik kereta kecik molek macam SUZUKI SWIFT kan? Hahaha. Tapi yang tu memang first love aku pun. Kalau dapat hok yang besaq, tu dikira rezeki kan. Hahahha. Mana tahu suatu hari nanti aku berjaya memilikinya. Sangat memikat hatiku wehh. Uish! enseng sangat ah. Dah ah, malas aku nak usha dorang lama lama. Takut iman tak kuat pulakk and boleh jadi gilaa aku gayanya. Hoho.

Happy New Year?

 
Bagi mereka yang beragama ISLAM :)
For anyone who is not a Muslim