Medical Check Up + X-ray
Haaa, benda ni memang wajib kena buad bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran kerana mereka telah terima tawaran bagi kemasukan sekolah asrama penuh, matrik, ipta mahupun ipts. Politeknik dan seangkatan dengannya, maybe kena buad jugak kot. Penting kot benda ni. Kita tak tahu kan selama ni duk umah, tekanan darah tu normal ke turun. Parah lagi, kalau menaik. Alahh, semua tempat sama jeh. Asalkan belajar. Tu yang paling penting. Kan?
Asalnya, aku dapat offer letter dari UNITEN pada tanggal 3 April 2014, tapi aku pulak hantar acceptance offer letter pada tanggal 6 Mei 2014. Tu pun sebab mak aku yang suruh isi borang UNITEN. Hahaha teruk kan aku? Kena disuruh baru nak buad. Kalau tak suruh, pascerah le. Padahal banyak kot masa yang aku ada sebelum ni. Penganggur katakan. Tu pun mujur mak yang ingatkan awal sikit. Kalau tak, memang kalut habis ah. Ni pun agak kalut sedikit. Dengan baru nak hantar acceptance offer letter, isi borang bagai, buad pembayaran macam macam. Nak buad medical check up plus x-ray pulak. Okay stop membebel benda kerepek!
Siang tadi pun baru je aku nak buad medical check up plus x-ray. Haaa see that, baru nak buad tuh. Dah ah bertindih sekali dengan budak budak yang nak masuk matrik dan ipta. Paling mengejutkan, askar wataniah pun ada sekali. Abam abam katang + sado + tough + sasa *dah kenapa aku gatal pulak ni -,-* Act, semalam patutnya aku nak buad medical check up bagai. Ada lah dalam pukul 10 pagi aku datang. Tapi tapi tapi dan tapi unfortunately, kena booking dulu weh. Lagipun dah penuh orang booked. So, pegawai kesihatan tu cakap boleh buad keesokan harinya. Fuhhh! Bersyukur sangat woi. Kalau dapat next week, mau kalut lagi lah.
Aku buad medical check up dan x-ray kat hospital kerajaan dan hanya perlu membayar serendah RM 20 sahaja. Aku pun tak tahu lah tu dikira murah atau mahal. Rasanya lain hopital, lain harga kot. Procedure diaa sekejap jeh tu pun depends on orang yang booked masa hari tu lah. Pergi makmal, amek ujian air kencing. Then check tekanan darah, ketinggian, berat badan, buta warna, penglihatan. Then, buad x-ray pulak. Lastly, check gigi. Dalam pukul 11 lebih baru siap. Tapi belum habis lagi maaa, pukul 2 petang kena datang hospital balik. Sebab nak kena jumpa doktor, ada lah doktor check sikit sikit. Tanya dulu sekolah mana, dapat berapa A SPM, sambung belajar kat mana, amek course apa. Kiranyaa doktor tu nak berborak sikit dengan kita disamping adalah jugak diaa kasi pendapat dan nasihat sikit tentang course yang kita amek. Boleh pulak doktor tu terkejut berat aku hanya 47.8 kg dengan ketinggian 160 cm. Huih, mujur BMI aku normal woi. Then, terus isi pengesahan apa yang borang matrik/ipta/ipts korang mintak. Pukul 3 petang baru siap! Setakat ni, aku dapat semua doktor, pegawai kesihatan dan nurse perempuan. Woot woot :)
Simple dan mudah kan? Takdenyaa sampai nak kena cucuk cucuk bagai. Amek darah bagai. Haaa, pasal x-ray tuh, kita yang pompuan ni tak payah risau lah. Dorang ada sediakan baju putih untuk kita. X-ray pun kat bahagian paru paru je pun. Sebelum jejakkan kaki keluar dari hospital, pegawai kesihatan tu ada pesan camni, "okay dah siap. awak bawak balik semua ni dan tampal x-ray tu kat dinding bilik awak." Aku hanya mampu tersenyum dan ketawa sopan. Hamboih nampak sangat aku ni hipokrit ketawa sopan *tangan dibahu, mata di atas*
Dah habis ceritaa.
 |
| X-ray |
 |
| Borang Pengesahan Doktor |
No comments:
Post a Comment