88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Hari Yang Memenatkan

 

Haihh, harini memang sangat memenatkan. Tapi aku berasa sangat puas hati. Okay mari start bercoloteh. Harini memang aku plan langsung nak pergi bandar Pekan. Entah macam mana, aku rasa tergerak hati pulak nak pergi sana. Then, aku pun start lah mencari geng nak ajak teman bershopping sikit.Firstly, aku ajak si Syiena. Bukan setakat wasep jeh, siap call bagai lagi tapi hampa sebab diaa tak angkat call aku *sigh* Then, aku terus mencari Pieya melalui wechat. Dah lah pagi-pagi lagi pulak tuh aku kacau diaa tido. Hahahaha

Pujuk punya pujuk, Pieya pun setuju lah nak ikut. Asalnya aku ajak diaa tumpang aku je sebab dia stay kat umah atok dia. Segala kenderaan takde kat sana, yang ada pun basikal jeh. Entah camne, tiba-tiba mak dia datang naik motor. So, dia tak jadi lah tumpang aku and kakak dia hantar dia ke Pekan lah. Aku nak kena pergi Yayasan Rahah dulu nak uruskan benda sikit. Then, abah hantar aku and tinggalkan aku kat Bank Islam untuk buad pembayaran yuran penginapan.  Lagipun aku dah janji nak jumpa kawan. Tapi sedih weh, kod APT untuk yuran penginapan takde pun kat situ. Yang ada pun hanya PRF, BMK ngan RFD. Masalahnya tiga kod tu aku dah bayar belaka. Dateline nak kena bayar APT pun dua hari sebelum hari pendaftaran. Omegadd!! Adakah aku tak dapat penginapan kat apartment?

Lepas habis keluar dari bank tuh around pukul 9.30+ pagi, aku pun tunggu lah cik Pieya kat area Kedai Kain Sahabat, Verns, Butik apa entah. Agak lama jugak tu aku tunggu dia. Boleh pulak aku jumpa Ana. And kitaorang pergi lah kedai Men Men kejap sebab Ana nak beli kotak hadiah sementara mak diaa pergi Bank Islam for a while. Elok-elok je keuar dari Men Men, mak dia dah ada depan Vern's. Then dorang pun balik. Aku macam biasa lah bagai anak patung Barbie tunggu cik Pieya. Pukul 11 batu dia sampai. Then pergi pulak Maybank sebab nak masukkan duit. First time tuh, aku nak masukkan duit sebab nak beli barang online. Sadis kan? Then bersakan sikit bershopping. Masuk kedai satu persatu. Dah lah banyak kedai. Jauh pulak tuh. Beli tu beli ni untuk persiapan nak pergi Matrik ngan UNITEN. Buad gambar passport bagai. Habis cerita ;)

MALAYSIA TRULY ASIA
Ni tempat last kitaorang pergi sebelum masing-masing dijemput oleh mak ayah di stesen bas dekat Tabung Haji. But first, let us take some selfies. 

Pekan Bandar Di Raja


Nak berselfie kejap *koya dekat oversea je*

With Pieya
Hahahaha dah tak boleh nak cover batu-bata kat belakang tuh

No comments:

Post a Comment