UNITEN PUSAKA TERSAYANG
Hai hai hai uolls. dah lama pulak iolls tak update belog nih. *fuhh fuhh acah acah tiup habuk*. bersawang nak mampos belog aku nih. dah berapa abad entah jari jemari yang runcing ni tak menaip *tangan ke bahu, mata ke atas* guane nak update kalau sekarang ni kekangan dengan assignment bagai. belajar topik tu topik ni each subjects, kan. dengan next week ada mid-term pulakk. ehhh! lupa pulak nak ceghita kat hangpa semuaa yang cek sekarang ni dah masuk universiti. ohohoh. siapa yang tak burgembira kan masuk universiti?
siapa yang tahu aku further study kat mana tu, diam diam sudaaa. ecehh ecehhh budget aku ni masuk Universiti Malaya pulakkk takpun pergi belajar kat overseas. choiii! nak tahu aku sambung belajar kat mana tu, baca lah tajuk entry aku tu woii. ada paham? *tetibe je emo*
hitung punya hitung dah sebulan lebih aku berjaya mengtoughkan diri duk kat sini. hahahaha. memang ahh katang, duk asrama pun dah 7 tahun wehh. dah biasa jauh dari keluarga ni *macam jauh sangat Muadzam dengan Pekan* hmmm. nak kata duk sini tu best, takde lah best sangat. nak kata tak best, tak jugak. kalau tak best, dah lama aku angkat kaki nyahkan diri dari sini.
macam yang korang tahu, aku ni pelajar jurusan DIPLOMA IN ACCOUNTANCY. belajar pun selama 2 tahun, 3 bulan pulak practical. tokok tambah perasa darab bahagi atas bawah, cukuplah belajar selama 2 tahun 3 bulan sahaja. jimat kan? biasanya diploma 3 tahun. first sem ni aku just amek 6 subjects which are Business Math, Account, Finance, IT, English Language and Islamic Studies. 6 subjects tu pun dah agak memeningkan aku. tapi alhamdulillah, aku dapat tempuh semuanya. segala pop quiz ngan quizzes part 1 dah lepas plus exam mid-term Islamic pada hari semalam. so, tinggal 5 more subjects to go for mid-term.
act, tak banyak pun yang aku nak kongsikan kat korang. ye lahh, Muadzam ni apalah sangat yang ada. even tak banyak entertainmet, tapi duit cepat je habiss. mana taknyaa, kejap beli tu, kejap beli ni. barang murah, kan. memang kena rebut ah awal awal. nak nak kalau dah masuk kedai RM2. dah le barang barang murah, pastu banyak pulak pilihan. memang syokk ah main tarik tarik barang. time nak bayar je, masya-Allah. tabahkan je lah hati. tapi tu dulu, masa mula mula masuk sini. sekarang dah tak pergi kedai tu dah. hehehe
.
sampai disini sahaja coretan saya pada kali ini dan harini *ayat skema* nak tido pulak. hari Rabu ada 2 class jeh. tu pun sejam. ni free sampai malam. nak nak sekarang ni pulak bulan puasa hari yang ke-11, memang syokkkk ah tido. petang karang nak pergi bazaar Ramadhan pulak. okay chaww!!
ehhh before that, lupa pulak nak kongsikan cerita pasal orientasi, housemates, apartment aku. benda tu semuaa nanti aku cerita kat next entry lah. sekarang ni nak kena layan mata yang semakin layu nih. katil dan bantal busuk dah menari nari kat depan mata.
No comments:
Post a Comment