First Day of Raya
alhamdulillah, today we're entering 1 Syawal 1435 tanggal 28 Julai 2014. seperti yang kita ketahui, bahawasanya hari raya Aidilfitri ini disambut bagi bertujuan tanda kemenangan kita menghadapi ujian puasa selama sebulan. kalau nak tahu lebih lanjut, silaa lah bertanya kepada ustaz mahupun ustazah. kalau dah terlampau malas sangat nak tanya kat mereka, sila lah bertanya terus kepada Mr. Google. pastikan sumber tu benar dan sahih tau :)
okayy sekarang ni nak straight to the point je lahh. tadi tu sekadar intro jeh. nak umum ketahui maksud yang sebenar hari raya Aidilfitri dalam Islam. harini je aku dah beraya kat 5 buah rumah. agak banyak lah jugak kan? banyak lettew more than two kan puhahahaha. sampai buncit, boroi perut aku. tunggu masa nak kebaboom je ni haaa.
macam biasa le, first day raya wajib lah beraya kat Pekan. tempat di mana aku dibesarkan dan ditatang dengan minyak yang penuh. betul ke tak peribahasa aku tuh? ahh abaikan je lahh. cikgu cikgu BM aku takkan baca punya blog aku ni haaa. *berkata dengan penuh yakin* nak kata semuaa aku beraya kat umah kawan kawan tu memang tak lahh. lagi 4 buah rumah tu aku beraya kat umah sedara mara belah mak aku je hahahaha. kecoh pulak aku ni. last rumah je baru aku beraya kat rumah kawan.
kawan yang aku maksudkan tu ialah Cik Syiena lah woii. nak beraya kat umah Ummu, memang tak lah sebab first day raya pun diaa kerja. sedih k sedih!! raya kat umah Syiena tu pun after asar prayer. agak lama lah jugak lepak kat umah diaa. lama tu pun bukan sebab banyak berborak, bercerita, gelak ketawa bagai. tapi banyak berselfie hahaha. opsss! kantoi sudaaaa. alaa, biasa lettew manusia ngan selfie ni memang tak dapat dipisahkan. lagipun Syiena belajar nun di matrik sana haaa sedangkan aku masih meratap dalam Pahang. rezeki beb rezeki. bersyukur lahh. belajar kat mana mana pun sama je kan.
okayy lah. ni je kot yang aku nak cakap. dah dah dah. nak tunjuk gambar kitaorang pulak. ohohohoh. silaa janganlah jealous yep. aku punya ayat, kau yang panas.
HAPPY EID MUBARAK
last but least, *haaa nak jugak bercoloteh lagi tuu* Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf segala zahir dan batin. ku ingin susun 20 jari termasuk jari kaki kemaafkan kepada uolls terhadap segala kesalahan dan kekhilafanku. haaa aku dah mintak maaf tu, mohon maafkan segalanya ye. kalau tak nak maafkan, ya sudah lah. apapun yang terjadi, itu semua urusan uolls dengan Allah S.W.T. pandai pandai jawab lah ye hahahah. psycho pulak. choii
No comments:
Post a Comment