haaaa! dah lama aku tak membebel kat sini. dah sebulan 1 hari aku menyepi. sobs sobs. acah acah sedih je tu. almaklum le, lepas balik raya ni aku ni makin membusykan diri. bukan jet jet busy tau. tapi memang busy bak hang! tobak aku kabo ko.
mataku sudah rabak!!!
lepas raya sampai sekarang, banyak pulak kerja aku. dengan assignment bagai, nak kena buad presentation lagi. tutorial yang bertimbun timbun mengalahkan kerja budak sekolah. kena buad case study untuk carry mark lagi. kena merajinkan diri stay up late night untuk study disebabkan oleh quizzes segala bagai. lepas tu pulak nak kena submit dalam masa yang ditetapkan. lepas tu dengan mata dah rabak pulak akibat kekurangan tidur. lepas tu, lepas tu, lepas tu. banyak pulak aku membebel. Ya Allah, rasa berdosa pulak banyak merungut. Allah bagi ujian kepada hamba-Nya mengikut kemampuan beliau je. ishhh!! lempang mulut aku ni. rasa nak cili cili je.
okay!! dah stop merungut. sekarang ni aku ada lah masa sikit nak menaip kat belog ni haaa tu pun sebab aku dah balik ke pangkuan Pekan. al maklum le, dah sebulan satu gak aku tak balik rumah manis rumah. cuti lama kot sampai hari selasa. pagi rabu baru balik ke bumi Muadzam Shah. act, cuti sampai senin je kan. tu pun sebab cuti peristiwa merdeka yang jatuh pada hari senin. selasa pulak, satu hari class cancel. wah wahh heavennyaaa!! ah heaven tak heaven, kelas belaka kena ganti next week. nak tak nak kena lah terima sebab final exam is around the corner.
haaa tu lagi lah cuakkk!!! 2 minggu je lagi before final exam datang melambai lambai. dalam masa dua minggu tu kena hantar segala tutorial. tu pun untuk carry marks jugak. alhamdulillah, setakat ni dah hantar 3 daripada 6 assignments. lagi 2 masih dalam process nak siapkan. kena submit by next week. tu pun mujur le group assignments. account je individual assignment.
ingatkan dapat balik umah ni boleh le nak manja manja kat bawah ketiak mak abah kesayangan aku ni. memandangkan tengah serabut dengan kerja ni semuaaa, terpaksa lah berkorban. tapi takpe, lepas final exam nanti boleh lah bermanja ngan mak abah. spent time with them masa cuti sem. biasanya kalau duk umah ni, probability nak bukak buku sangat tipis. beria je bawak buku banyak balik umah, last last study haprak pun takde. tau makan tido online jehh.
I'M AN ACCOUNTING STUDENT
final exam ni kena buad betul betul sebab result mid-term aku tu aku rasa tak puas hati laaaa. kalau ikutkan, memang syukur dengan hasil usaha aku tu. tapi siapa tak nak result flying colours kan? kita belajar untuk dapatkan ilmu seterusnya kita kena gunakan ilmu dengan sebaiknya. but the most important is, our nawaitu belajar kerana Allah S.W.T. kalau nawaitu semata mata nak dapatkan 4 flat je, 4 flat je lah yang kita dapat. lepas tu ilmu pulak entah ke mana.
tapi doa, usaha dan tawakal jangan tinggal pulak. solat tu jangan penah tinggal. kalau boleh, banyakkan solat sunat, baca al-quran. baru lah tenang hati kita ni nak study ngan jawab exam. aku cakap ni pun sebab aku ni species yang lagha. mari lah kita sama sama muhasabah diri kita balik. mana yang kurang tu, kita baiki lah balik. mana yang baik tu, kekalkanlah. kalau boleh biar makin bertambah. apa benda yang aku cakap ni pun, aku pun dah tak paham. pandai pandai ko lah pahamkan sendiri. rasanya ayat aku salah kot.
kalau ikutkan hati ni, nak je aku bebel sepuas puasnya. kalau boleh, biar sampai meletop. dah tak tau nak bebel kat siapa, aku bebel je lah kat belog ni. nasiblah ko lah terpaksa baca bebelan aku sampai mata rabak huahahaha.
tapi kan aku rasa mata ko tak sempat rabak kot sebab aku nak akhiri bebelan aku sampai sini je. karang bebel lama lama, mata aku pulak yang rabak dulu duk ngadap lappy lama lama. study pulak sah sah lah kan tak study. nak bukak buku lagi lah haram jadah. tapi untuk malam ni memang confirm 100% takkan bukak buku. dah balik umah, kena ah berjimba sikit tengok cerita korea ke, layan runningman. nak kurangkan stress. bosan ngadap buku duk study. otak pun kena rehat gak. k lah uols. iols berundur diri dulu.
No comments:
Post a Comment