88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Hala Tuju Selepas SPM

Ke PLKN ke kita? Ke MATRIK ke kita? Ke Form 6 ke kita? Ke UNIVERSITI ke kita? Haaa untuk makluman engkorang semua, hala tuju aku selepas SPM adalah sebagai seorang penganggur sampai sekarang. PLKN, MATRIK, belaka aku tak dapat. Harini result UPU dah keluar and resultnya sangat mendukacitakan. Yang aku dapat hanyalah Form 6 and IPTS. IPTS yang aku dapat pun hanyalah Lincoln University, UCSA, MSU, KLMUC dan UNITEN. Yang aku senaraikan tu je yang aku mohon dan semua dapat course accountancy. Alhamdulillah. Yang aku tak mohon pun dapat gak secara tiba tiba. 

Act, aku tak kesah kalau tak dapat matrik pun, tapi aku terkilan lah babe sebab aku ni tak laku kat matrik hahaha. Kalau upu tu, hmmm entah lah tak tahu nak cakap camne. Agak "sedih" lah jugak sebab tak dapat. Mana taknya, sedangkan people are worser than me also got the UPU. Rasa macam tercabar lah kan sebab tak dapat. Tapi tu lah, rezeki masing masing kan. Mesti ada hikmah kenapa Allah tak bagi benda tu semua kat aku. Allah kan Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah lah sebaik baik perancang. Kita ni hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. Apa yang kita dapat, kita kena terima dengan hati yang terbuka dan terima dengan ikhlas. Mana tahu rezeki yang kita dapat akan membuahkan hasil. Kan? 

Lagipun rezeki Allah kat muka bumi ini sangat luas selagi kita masih bernafas dan bernyawa. Kita hanya perlu mencari dan dapatkan rezeki Allah. Bilaa dah dapat tu, kena lah ucapkan "Alhamdulillah". Tak gitu? Mana tahu kot kot lah nanti kita dapat Anugerah Dekan, dapat ijazah Kelas Pertama Takpun dapat belajar sampai peringkat yang tertinggi. Walaupun ayat aku tu semua lebih kepada kecewa dan terlampau pasrah, tapi kita sepatutnya kena sentiasa berfikiran positif. Kita masuk u ni nak belajar untuk capai cita cita kita, bukan untuk dapatkan gelaran "pelajar Form 6, matrik dan universiti" semata mata. Nak belajar tu kena ada nawaitu yang betul tau. Kalau nawaitu pun dah tak betul, guane nak berjaya. Kan?
 
Haa, dah masuk Form 6, matrik atau universiti dalam negara mahupun luar negara nanti, jangan lah bersikap sombong dan bongkak pulak. Mungkin mula mula kita bangga sebab dapat belajar kat universiti terbaik Malaysia lah apa lah. Tapi nanti kita tengok lah result masing masing camne. Takpun tengok lah sama ada besar nanti kita akan jadi apa. Entah berjaya capai cita cita kita ke tak. Sebab sekarang ni kita tak jumpa ramai orang lagi. Masalah pun tak banyak lagi. Dengan assignments bagai. Kita pun tak tahu lah lepas masuk universiti tu sama ada kita ni makin bijak ke tak. Perangai berubah 360 darjah tu makin baik ke tak. Tapi mudah mudahan makin baik lah kan. Takut jugak kalau menyimpang ke jalan yang salah. Maklum lah, kita ni kan masih remaja. Mudah sangat terpengaruh dengan benda benda kecik dan besar sampaikan aku pun tak tahu benda apa yang aku mengarut ni. Hahahaha. Okay lah, congrats lah pada yang dapat sambung belajar kat mana mana pun. Tu semua rezeki yang Allah bagi pada kita. Good luck jugak dalam menempuh alam sekolah, matrik dan universiti. Semoga kita dapat capai cita cita yang kita impikan. Aamiin~

SEMOGA DAPAT MEMBANTU SIKIT BAGI SESIAPA YANG MASIH PENING NAK SAMBUNG KAT MANA
 
TERKILAN AKU TAK LAKU 

FORM 6 DI SABS

SOBS SOBS *meleleh air mata*

KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITY COLLEGE

MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY

UNITEN

UNITEN LAGI *jelas sikit gambar tuh*

Eh eh! Aku tak habis membebel lagi ni woi. Pasti engkorang ingat cerita aku ni tergantung kan? Haaa saje mau kasi suspens maa. Mesti ada yang ternya tanya kan, aku nak masuk sambung belajar kat mana. Hmm, setelah berhempas pulas memikirkan. Aku telah membuat keputusan yang muktamad nak sambung belajar kat mana nanti. Kat mana lagi aku nak sambung belajar kalau bukan kat IPTS kan? 

Bukannya aku tak nak sambung Form 6 sebab kena pakai baju sekolah. Eleh, Form 6 kan boleh mintak tukar sekolah. Sekolah sekolah kat Pekan tu, mana ada yang pakai baju sekolah dah sekarang ni. Pakai tshirt je. Ada sekolah yang kena pakai baju korporat tau macam SMK Dato' Mahmud Mat. Kalau Form 6 kat sekolah mak aku, ye lah kena pakai baju sekolah tapi kaler purple. Hari Rabu pulak kena pakai baju korporat and Khamis pulak pakai baju batik. Haa tak ke kena keluar banyak duit jugak tu nak kena beli baju bagai. Nak tempah kat tukang jahit lagi.

CHECK IN ACCOUNTANCY
4 April 2014: KLMUC
14 April 2014: UCSA
28 April 2014: MSU
24 Mei 2014: UNITEN

Berdasarkan gambar rajah di atas *ingat kertas exam sekolah ke?* dapat lah kan engkorang simpulkan kat mana aku nak sambung belajar nanti. Yaaa! UNITEN lah tempat untuk aku sambung pengajian dan brainwash otak semulaa *nowadays otak aku makin beku sebab dah lama tak belajar kira kira* Nanti kalau engkorang ada jumpa aku, say hai hai lah aku. Inshaa Allah aku takkan balas balik. Hahahah. Rasanya macam takde pun yang nak masuk situ. Sensorang lah gamaknyaa. 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

No comments:

Post a Comment